KUALA LUMPUR, 23 MEI: Situasi Covid-19 dalam negara sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) ke-20 menunjukkan keadaaan yang lebih baik dengan penurunan kes baharu dan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital, selain peningkatan kes sembuh berbanding minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat agar terus berwaspada terhadap penularan pandemik COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik dengan memakai pelitup muka bagi mengawal jangkitan virus itu.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Jumlah kes baharu harian Covid-19 dalam negara menurun kepada 4,915 kes hari ini, selepas mencatatkan angka melepasi 5,000 untuk tiga hari berturut-turut, menjadikan jumlah kumulatif 2,865,984 kes setakat 12 tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 13 JAN: Kes baharu COVID-19 terus meningkat hari ini kepada 3,684 kes berbanding 3,198 kes semalam, menjadikan kes kumulatif dijangkiti wabak itu adalah 2,798,917 setakat 12 tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Kes baharu COVID-19 terus meningkat hari ini kepada 3,543 kes berbanding 3,270 kes semalam, menjadikan kes kumulatif dijangkiti wabak itu adalah 2,776,699 setakat 12 tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 13 OKT: Perjuangan melawan penularan Covid-19 belum berakhir, sebaliknya Malaysia kini menuju ke arah fasa endemik atau di medan perang baharu dengan strategi baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
PUTRAJAYA, 13 OGOS: Suntikan dos lengkap vaksin Covid-19 yang meningkat dalam kalangan populasi dewasa di lima negeri berjaya membantu menurunkan kes kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima ke hospital di negeri terbabit.
KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengeluarkan amaran, varian Delta yang disifatkan lebih ekstrem akan sentiasa bermutasi yang menyebabkan dunia kini dalam tempoh bahaya.
SHAH ALAM, 4 MEI: Kes positif baharu Covid-19 naik kembali atas angka 3,000 apabila sebanyak 3,120 kes direkodkan hari ini berbanding 2,500 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 420,632 kes.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati peningkatan kes dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri dan Wilayah Persekutuan di Lembah Klang mutakhir ini adalah amat membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 18 FEB: Unit bergerak bagi pemvaksinan Covid-19 akan diaktifkan untuk memvaksin golongan warga emas dan kumpulan rentan yang berhadapan isu untuk ke pusat vaksinasi.
KOTA BHARU, 31 JAN: Kepatuhan semua rakyat terhadap tatacara operasi piawai (SOP) adalah kunci utama dalam membendung penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 25 JAN: Genap setahun negara dilanda badai Covid-19, warga Kementerian Kesihatan (KKM) tetap komited dan bekerja tanpa putus asa dalam memerangi pandemik yang boleh membawa maut itu.
PUTRAJAYA, 21 JAN: Pusat penilaian Covid-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di negara ini.
KUALA LUMPUR, 15 JAN: Pesakit Covid-19 yang sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kini boleh membuat pelaporan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini merayu masyarakat agar tidak menipu petugas kesihatan dengan menyembunyikan status kesihatan mereka ketika datang mendapatkan rawatan atau untuk saringan Covid-19.
KUALA LUMPUR, 25 DIS: A701V, virus Covid-19 bermutasi yang dikesan dalam sampel Kluster Benteng LD di Sabah tersebar ke sebahagian besar kluster dalam gelombang ketiga di Semenanjung Malaysia dan Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 22 DIS: Kes baharu Covid-19 terus kekal empat angka apabila sebanyak 2,062 kes direkodkan hari ini berbanding 2,018 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara 97,389.
KUALA LUMPUR, 14 DIS: Tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian selama 10 hari akan dipertimbang bagi mereka yang sedang menjalani kuarantin pada masa ini.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu Covid-19 di Sabah, melibatkan Daerah Kota Kinabalu dan Tuaran.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.